Penafian

Produk-produk dan perkhidmatan yang dinyatakan dalam laman web ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan yang berkaitan dengan hartanah di Malaysia. Notis dan maklumat di laman web ini dan segala perkara yang berkaitan sama adalah ditadbir oleh atau akan ditafsirkan mengikut undang-undang yang berkenaan.

Dalam apa keadaan pun Gibraltar BSN Life Berhad atau mana-mana pihak ketiga yang disebut di laman web ini, dikenakan atau bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian (termasuk, tanpa had, kerosakan sampingan atau berkaitan dengan, kehilangan keuntungan atau ganti rugi akibat daripada kehilangan data atau gangguan perniagaan) yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan daripada penggunaan laman web ini, sama ada berdasarkan atas waranti, kontrak, tort, atau mana-mana teori undang-undang yang lain, dan sama ada Gibraltar BSN Life Berhad telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian tersebut atau tidak.

Hakcipta tentang maklumat yang terkandung dalam laman web ini wujud di bawah Akta Hak Cipta dan, melalui perjanjian antarabangsa, undang-undang daripada negara-negara yang lain. Ia adalah hak milik Gibraltar BSN Life Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Pelanggan boleh memuat turun satu salinan dokumen dan, jika perlu untuk penggunaannya sebagai rujukan, atau membuat satu salinan asal. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta atau undang-undang lain, tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh dihasilkan semula, disesuaikan, dipersembahkan di khalayak ramai atau dikirimkan dalam sebarang bentuk atau melalui apa-apa proses (grafik, elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rekod, rakaman pita atau dengan cara penyimpanan dalam maklumat yang boleh diperoleh semula) tanpa kebenaran bertulis khusus dari pihak Gibraltar BSN Life Berhad.

Gibraltar BSN Life Berhad tidak menjamin atau mengisytiharkan yang maklumat dalam laman web ini adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan atau adalah sesuai untuk kegunaan yang dimaksudkan oleh pengguna-pengguna laman web ini. Dokumen-dokumen dan grafik yang diterbitkan dalam laman ini berkemungkinan mengandungi kesilapan teknikal atau kesalahan tipografi. Tambahan lagi, Gibraltar BSN Life Berhad tidak menjamin bahawa tidak akan adanya sebarang kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan informasi yang dikirimkan, bahawa tiada virus ataupun lain-lain pencemaran atau perkara pemusnah akan terhantar atau tiada kerosakan akan menimpa sistem komputer pelanggan-pelanggannya

Gibraltar BSN Life Berhad akan cuba untuk memastikan maklumat dan sumber-sumber yang terkandung di dalam atau boleh diakses melalui laman web ini tepat pada masanya dan tepat, tetapi tidak membuat sebarang jaminan dan menafikan jaminan tersirat atau representasi mengenai ketepatan , kesesuaian , ketepatan masa , kesempurnaan atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan tertentu.

Gibraltar BSN Life Berhad boleh menukar atau mengubah suai maklumat, perkhidmatan dan mana-mana sumber lain yang terkandung di atau boleh diakses melalui laman web ini, atau menghentikan laman web ini sama sekali pada bila-bila masa tanpa notis.

Gibraltar BSN Life Berhad boleh mengubah suai notis ini pada bila-bila masa , dan apa-apa pengubahsuaian akan berkuat kuasa serta-merta pada masa notis itu dipaparkan. Oleh itu pelanggan bersetuju untuk mengkaji semula notis ini secara berkala dan penggunaan berterusan laman web ini oleh pengguna akan dianggap sebagai penerimaan notis yang telah diubah suai.

Gibraltar BSN Life Berhad mengesyorkan pelanggan-pelanggan supaya mendapatkan nasihat dan untuk mendapat pengesahan bebas di atas segala bahan-bahan atau informasi yang terkandung di laman web ini sebelum mengambil tindakan atas sebarang informasi dan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan bahan-bahan atau informasi di laman ini. Lanjutan kepada yang di atas, pelanggan-pelanggannya adalah bertanggungjawab untuk menilai kualiti, ketetapan, kelengkapan, kekinian dan kesesuaian segala perkhidmatan, kandungan, nasihat, pandangan dan informasi lain yang diperoleh atau didapati dari lama web ini.

Tertakluk kepada apa-apa terma tersirat dalam segi undang-undang dan tidak dikecualikan, Gibraltar BSN Life Berhad tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) yang ditanggung oleh pengguna-pengguna laman ini yang berbangkit daripada apa-apa kesilapan, pengisihan, atau salah nyataan dalam apa-apa maklumat dalam laman web ini.

Kandungan, informasi dan fungsi yang diperuntukan di laman ini tidak akan dalam apa jua keadaan boleh dipertimbang atau ditafsir sebagai tawaran atau langganan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, mengeluarkan, memperuntukkan atau memindah atau sebagai pemberian nasihat berkenaan dengan mana-mana polisi di mana-mana bidang kuasa kecuali dinyatakan sebaliknya.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web pihak-pihak ketiga. Pautan ini disediakan semata-mata untuk kemudahan anda dan bukan sebagai pengendorsan Gibraltar BSN Life Berhad daripada segi kandungan laman web pihak ketiga tersebut. Gibraltar BSN Life Berhad tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan laman web pihak ketiga yang berkaitan dan tidak mewakili kandungan atau ketepatan bahan-bahan di laman web mana-mana pihak ketiga. Keputusan untuk mengakses laman web pihak-pihak ketiga adalah sesuatu tindakan atas risiko pengguna sendiri.