Press Release

Manfaat pelanggan BSN - Berita Harian

- 30 Apr 2014 -

Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN Life) yang sebelum ini dikenali Uni Asia Life Assurance Berhad (UAL), akan memanfaatkan lebih lapan juta asas pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN).  

Ketua Pegawai Eksekutif, Vincent Kwi Shih Kang, berkata sasaran itu sejajar pegangan ekuiti 30 peratus oleh BSN manakala baki 70 peratus lagi oleh Prudential Financial Inc (PFI).

"Menerusi sokongan daripada pemegang saham baharu iaitu PFI dan BSN, kami sudah mula membina asas kukuh menawarkan rangkaian meluas produck perlindungan yang dapat memenuhi keperluan insurans hayat rakyat negara ini. 

Perkenal program 
"Malah, Gibraltar BSN Life sudah memperkenalkan program rintis Pakar Insurans yang akan membantu memudahkan proses pembelian insurans hayat di cawangan BSN yang terpilih," katanya selepas pelancaran nama baharu Gibraltar BSN Life, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Shih Kang berkata, project rintis itu mendapat sambutan baik daripada pelanggan dan berharap program itu dapat menyampaikan nilai lebih baik kepada pemegang polisi menerusi produck dan perkhidmatan inovatif.