Mengenai Gibraltar BSN Life Berhad

Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") adalah salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia. Selama lebih dari 60 tahun, kami telah melindungi impian dengan menyediakan penyelesaian perlindungan yang relevan dan berpatutan yang  boleh diakses oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.
 
Nama Gibraltar BSN mewakili susur galur keturunan kami kepada Prudential Financial, Inc. (PFI), salah sebuah institusi kewangan terbesar dunia dari Amerika Syarikat, dan Bank Simpanan Nasional (BSN), sebuah jenama dengan sejarahnya tersendiri dan warisan kewangan yang kukuh di Malaysia. Nama 'Gibraltar' dan logo ikon kami 'Rock of Gibraltar' merujuk kepada PFI dan menggambarkan sejarah yang kaya dan kewangan yang kukuh selama lebih dari 140 tahun di belakang jenama PFI.
 
Sebagai Juara Perlindungan Komuniti di Malaysia, Gibraltar BSN mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan pelbagai yang terdiri daripada 9 lokasi di seluruh negara, pasukan agensi nasional, dan lebih daripada 1,100 cawangan milik rakan-rakan strategik kami: Bank Simpanan Nasional dan Pos Malaysia.
 
* PFI Amerika Syarikat tidak berhubung kait dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.

Klik di sini untuk melihat profil syarikat kami.

WMAC2019-1Insurance_Fortune-Most-Admire-logo_min-(250)-(1).jpg

Kisah Disebalik Nama dan Logo Kami

Nama 'Gibraltar' dan  lambang ikonik ‘Gunung Batu Gibraltar’ kami kedua-duanya merujuk kepada Prudential Financial, Inc., syarikat induk kami dengan hampir 140 tahun kejayaan pemerolehan dan kewangan yang kukuh di Amerika Syarikat. Dilitupi keluhuran warna biru kami, unsur-unsur ini mewakili asal-usul dan warisan PFI.

Begitu juga ‘BSN’ yang termasuk dalam nama kami untuk menandakan kerjasama kami dengan Bank Simpanan Nasional, satu jenama yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh di Malaysia.

Seiring dengan itu, Gibraltar BSN menggabungkan pengalaman antarabangsa dengan kepakaran pasaran tempatan untuk menawarkan anda perkhidmatan insurans hayat yang tiada tandingannya.

Rangkaian Yang Teguh dan Kukuh

Selain daripada pendekatan pengurusan strategik dan bertenaga kami, kami percaya bahawa penglibatan terus-menerus dan membina pihak berkepentingan adalah penting dalam mencapai objektif kami. Berikut adalah ringkasan tentang pihak berkepentingan utama kami:

  • Prudential Financial, Inc.

    Peneraju perkhidmataan kewangan dengan lebih daripada $1.1 trilion USD aset di bawah pengurusan setakat 31 Mac 2014, PFI mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Asia, Eropah dan Amerika Latin.

     

    PFI memanfaatkan kepakaran yang tiada tandingannya dalam pelbagai perkhidmatan seperti insurans hayat, anuiti, perkhidmatan berkaitan persaraan, dana bersama dan pengurusan pelaburan untuk membantu pelanggan berkembang dan melindungi kekayaan mereka.

     

    Logo ikonik Gunung Batu mereka melambangkan kepercayaan, kekuatan dan kestabilan – nilai sama yang diwakili kami.

  • Bank Simpanan Nasional

    Sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan, BSN telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 dengan misi untuk menggalakkan simpanan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak dalam kalangan rakyat Malaysia.

     

    Sehingga kini, BSN mempunyai lebih daripada 7,000 kakitangan, 401 cawangan, 872 mesin juruwang automatik (ATM) dan 372 mesin simpanan wang (CDM) di seluruh negara.

     

    Lebih daripada 6,000 Ejen Bank Berdaftar (Ejen Bank BSN (EB BSN)) di bawah BSN yang berkhidmat kepada 9 juta pelanggan di seluruh negara, menyediakan platform kukuh kepada syarikat kami untuk memenuhi keperluan insurans yang semakin meningkat oleh rakyat Malaysia.

** PFI Amerika Syarikat tidak berhubung kait dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.