Cara Membuat Tuntutan

  • 1. Semak Polisi Anda
    check-policy.png

    Ketahui sekiranya anda dilindung bagi kejadian yang anda ingin buat tuntutan.

  • 2. Semak Rekod Pembayaran Anda
    check-payment.png

    Bilakah pembayaran terakhir dibuat? Pastikan polisi masih berkuat kuasa.

  • 3. Semak Dengan Kami
    check-in.png

    Maklumkan segera kepada kami – kunjungi cawangan Gibraltar BSN untuk bantuan.

Selepas pengesahan butiran polisi dan kelayakan tuntutan anda, kami akan menyediakan borang yang diperlukan untuk dilengkapi anda, bersama-sama maklumat tentang dokumen sokongan yang kami perlukan daripada anda untuk mempertimbangkan tuntutan anda.

Jika anda memerlukan bantuan mengikuti langkah-langkah di atas, jangan ragu-ragu untuk bertanya. Hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1 300 33 6262 (Tempatan) atau +603 2298 0088 (Luar Negara) untuk bantuan.

Bantu Kami Mempercepatkan Tuntutan Anda

Ikuti tip-tip ini sebelum anda datang supaya kami dapat memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menilai tuntutan anda serta-merta.

  • 1. Hantar Notis Tuntutan Anda

    Lengkapkan borang Notis Tuntutan ini dan hantar semula kepada kami dengan segera / dalam tempoh yang dinyatakan dalam polisi anda.

  • 2. Lengkapkan Borang Tuntutan Anda

    Daripada senarai di bawah, klik pada jenis tuntutan yang berkaitan dengan anda untuk memuat turun borang tuntutan yang betul. Cetak dan lengkapkan borang tersebut.

  • 3. Sediakan Dokumen Sokongan

    Anda juga akan mendapati senarai dokumen yang anda perlu sediakan kepada kami apabila membuat tuntutan. Pastikan anda membawa salinan yang asal / diperakui benar.

Perlu diingatkan bahawa ini hanyalah satu pilihan – jangan bimbang jika anda tidak menyediakan borang atau dokumen lagi apabila anda datang. Kami akan melalui seluruh proses ini bersama anda.

Jenis Tuntutan

  • Tuntutan Perubatan

    Bayar & Tuntut

    Borang Tuntutan
    Borang Muat Turun
    Borang Tuntutan Hospital & Pembedahan
    Bahagian I : Untuk dilengkapkan oleh pihak yang menuntut Muat Turun
    Bahagian II : Untuk dilengkapkan oleh doktor yang merawat Orang Yang Diinsuranskan Muat Turun
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
    Muat Turun

    Dokumen yang Diperlukan
    • Salinan asal:
      • Bil dan resit perubatan
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Nota discaj
      • Penyata bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
     
    Tanpa Tunai

    • Untuk rawatan tanpa tunai, Orang Yang Diinsuranskan perlu dimasukkan ke dalam salah satu Hospital Panel kami.
    • Sila ambil maklum bahawa semua pembayaran tanpa tunai akan diuruskan oleh pentadbir pihak ketiga.

    Sila ambil maklum bahawa keperluan penghantaran di atas perlu digunakan sebagai butiran asas rujukan sahaja. Kami mempunyai hak untuk meminta dokumen dan maklumat berkaitan yang lain.
  • Manfaat Hospital & Pembedahan

    Penghantaran Tuntutan

    Notis bertulis tentang kecederaan atau penyakit (berdasarkan tuntutan) perlu dihantar kepada kami dalam tempoh dua puluh (20) hari, bermula dari tarikh kecederaan atau penyakit yang dilindungi.

    Borang Tuntutan
    Borang Muat Turun
    Borang Tuntutan Hospital & Pembedahan Bahagian I : Untuk dilengkapkan oleh pihak yang menuntut Muat Turun
    Bahagian II : Untuk dilengkapkan oleh doktor yang merawat Orang Yang Diinsuranskan Muat Turun
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
    Muat Turun

    Dokumen yang Diperlukan
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Nota discaj
      • Bil dan resit perubatan
      • Penyata bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
    Sila ambil maklum bahawa keperluan penghantaran di atas perlu digunakan sebagai butiran asas rujukan sahaja. Kami mempunyai hak untuk meminta dokumen dan maklumat berkaitan yang lain.
  • Pampasan Kemalangan

    (Pampasan Mingguan & Pembayaran Balik Perubatan)

    Penghantaran Tuntutan

    Notis bertulis tentang kecederaan (berdasarkan tuntutan) perlu dihantar kepada kami dalam tempoh dua puluh (20) hari, bermula dari tarikh kecederaan.

    Borang Tuntutan
    Borang Muat Turun
    Borang Tuntutan Pampasan Kemalangan Bahagian I : Untuk dilengkapkan oleh pihak yang menuntut Muat Turun
    Bahagian II : Untuk dilengkapkan oleh doktor yang merawat Orang Yang Diinsuranskan Muat Turun
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
    Muat Turun

    Dokumen yang Diperlukan
    • Salinan asal:
      • Sijil Perubatan
      • Bil dan resit perubatan
      • Laporan polis
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Penyata Bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
    • Lain-lain:
      • Artikel berita tentang kemalangan tersebut (jika ada, dalam sebarang bahasa)

    Sila ambil maklum bahawa keperluan penghantaran di atas perlu digunakan sebagai butiran asas rujukan sahaja. Kami mempunyai hak untuk meminta dokumen dan maklumat berkaitan yang lain.

  • Tuntutan Penyakit Kritikal

    Borang Tuntutan
    Borang Pemegang Polisi Gibraltar BSN Pemegang Polisi Don’t Worry BSN
    Borang Tuntutan Penyakit Kritikal Muat Turun
    Pernyataan Pakar Perubatan -
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
    Muat Turun
    Tuntutan Untuk Berkumpulan: Pernyataan Pihak Menuntut (Pegawai Bank atau Pegawai Yang Berkuasa) Muat Turun -

    Dokumen yang Diperlukan
    • Salinan asal:
      • Polisi Orang Yang Diinsuranskan
      • Laporan Histopatologi
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Ujian darah, ECG dan/atau laporan X-ray
      • Penyata bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
    • Salinan foto:
      • Bil dan resit perubatan
    • Lain-lain:
      • Bukti umur, cth. kad pengenalan atau sijil kelahiran (jika umur tidak dinyatakan sebelum ini)

    Sila ambil maklum bahawa keperluan penghantaran di atas perlu digunakan sebagai butiran asas rujukan sahaja. Kami mempunyai hak untuk meminta dokumen dan maklumat berkaitan yang lain.

  • Borang Tuntutan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal

    Penghantaran Tuntutan

    Sila ambil maklum bahawa untuk membuat tuntutan Hilang Updaya Menyeluruh & Kekal, Orang Yang Diinsuranskan perlu benar-benar tidak berupaya kekal dan seluruhnya untuk melakukan atau melibatkan diri dalam sebarang kerja untuk menerima atau mendapat gaji, pampasan atau keuntungan. Kecacatan tersebut mesti bertahan selama tidak kurang dari enam (6) bulan.

    Borang Tuntutan
    Borang Pemegang Polisi Gibraltar BSN Pemegang Polisi Don’t Worry BSN Pemegang Polisi Pos Assurance
    Borang Tuntutan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Bahagian I : Untuk dilengkapkan oleh pihak yang menuntut Muat Turun
    Bahagian II : Untuk dilengkapkan oleh doktor yang merawat Orang Yang Diinsuranskan Muat Turun
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia (ditandatangi keluarga terdekat)
    Muat Turun
    Tuntutan Untuk Berkumpulan: Pernyataan Pihak Menuntut (Pegawai Bank atau Pegawai Yang Berkuasa) Muat Turun -

    Dokumen yang Diperlukan
    • Salinan asal:
      • Buku Polisi Orang Yang Diinsuranskan (jika tidak, lampirkan borang Indemniti kehilangan buku polisi)
    • Salinan yang diperakui sah:
      • Laporan ujian darah dan keputusan radiologi
      • Penyata bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
    • Salinan Foto:
      • Bil dan resit perubatan
    • Lain-lain:
      • Bukti umur, cth. kad pengenalan atau sijil kelahiran (jika umur tidak dinyatakan sebelum ini)
    • Dokumen Tambahan kepada Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal akibat kemalangan
      • Salinan yang diperakui sah:
        • Laporan polis dibuat oleh Penuntut  
        • Laporan polis pihak ketiga
        • Keputusan laporan polis mengenai kes siasatan
        • Artikel berita tentang kemalangan tersebut (jika ada, dalam sebarang bahasa)  

    Sila ambil maklum bahawa keperluan penghantaran di atas perlu digunakan sebagai butiran asas rujukan sahaja. Kami mempunyai hak untuk meminta dokumen dan maklumat berkaitan yang lain.

  • Tuntutan Kematian

    Penghantaran Tuntutan

    Dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh pengeluaran / tarikh pengembalian semula.

    Borang Tuntutan
    Borang Pemegang Polisi Gibraltar BSN Pemegang Polisi Don’t Worry BSN Pemegang Polisi Pos Insurans
    Borang Tuntutan Kematian Bahagian I : Untuk dilengkapkan oleh pihak yang menuntut Muat Turun
    Bahagian II : Untuk dilengkapkan oleh doktor yang merawat Orang Yang Diinsuranskan Muat Turun -
    Borang Permohonan Ringkasan Klinikal
    Sila sediakan tiga (3) salinan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia (ditandatangi keluarga terdekat)
    Muat Turun -
    Tuntutan Untuk Berkumpulan: Pernyataan Pihak Menuntut (Pegawai Bank atau Pegawai Yang Berkuasa) Muat Turun -

    Dokumen yang Diperlukan

    Untuk Pemegang Polisi Gibraltar BSN / Don’t Worry BSN
    • Salinan asal:
      • Polisi Orang Yang Diinsuranskan (jika tidak Surat Akuan Sumpah untuk Kehilangan Polisi yang lengkap)
      • Surat perjanjian
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Sijil kematian
      • Sijil MRTA (Pengurangan Tempoh Gadai Janji)
      • KP penama
      • Bukti hubungan, cth. sijil perkahwinan (pasangan), sijil kelahiran (anak / meninggal dunia)
      • Penyata bank / butiran buku bank (untuk pengesahan kredit automatik)
    • Lain-lain:
      • Bukti umur, cth. kad pengenalan atau sijil kelahiran (jika umur tidak dinyatakan sebelum ini)
      • Surat Pentadbiran / Geran Probet / Borang E atau F di bawah Akta Estet Kecil (Pengagihan) 1955 / Perintah Mahkamah
    Untuk Pemegang Polisi Pos Insurans
    • Salinan yang diperakui benar:
      • Sijil kematian
      • Permit pengebumian