Pernyataan Privasi

Dasar & Pernyataan Privasi
 
Gibraltar BSN Life Berhad menghormati privasi anda dan kami komited untuk memelihara kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang anda berikan serta ikrar kami untuk mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta tersebut). Dasar dan Pernyataan Privasi ini menerangkan kepada anda bagaimana kami melaksanakan komitmen kami ini dan pilihan yang ada untuk anda mengakses atau untuk kami mengehadkan akses kepada data peribadi anda.

Pernyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana data peribadi dikumpulkan, digunakan dan didedahkan oleh Gibraltar BSN Life Berhad menurut undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai. Data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa maklumat tentang anda berhubung dengan nama, jantina, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel, pekerjaan, pendapatan, nilai bersih, sumber dana/pendapatan serta apa-apa laporan diagnostik/perubatan yang dikeluarkan oleh mana-mana pengamal perubatan berkelayakan berhubung dengan tahap kesihatan dan/atau keadaan fizikal atau mental anda dan data anda daripada agensi pengawal atur dan agensi kerajaan ("Data Peribadi").
 
 
1. Pengumpulan Data Peribadi bagi tujuan berikut:
Dengan mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami, anda telah bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut (tidak terhad kepada yang tersenarai ini sahaja) dan data maklumat peribadi ini sama ada anda beri secara sukarela atau kami peroleh melalui pelbagai saluran, apabila:
 
  • Kami perlu menilai permohonan anda selepas borang cadangan dikemukakan kepada kami untuk membeli produk kami;
  • Kami perlu memaklumi anda tentang produk atau perkhidmatan baharu yang kami atau syarikat berkaitan, syarikat bersekutu atau syarikat tergabung kami tawarkan melalui bahan pemasaran/pengiklanan/promosi, e-mel atau panggilan;
  • Kami memerlukan anda berinteraksi dengan mana-mana wakil kami;
  • Kami memerlukan interaksi anda dengan pegawai perkhidmatan pelanggan atau pegawai lain di syarikat kami untuk melayani pertanyaan anda untuk menyelesaikan satu-satu aduan;
  • Kami perlu mematuhi mana-mana keperluan perundangan atau peraturan atau seperti yang diarahkan oleh badan pengawal atur atau badan kerajaan;
  • Kami perlu menghantar notis dan penyata kepada anda; 
  • Kami memerlukan anda melengkapkan soal selidik untuk menentukan jenis produk yang terbaik yang sesuai dengan keperluan anda;
  • Kami perlu mewujudkan pangkalan data atau direktori data anda, bukan untuk tujuan penerbitan;
  • Kami perlu menghubungi anda dan untuk anda memberikan respons kepada telemarketer kami;
  • Kami memerlukan maklumat anda berhubung dengan peruntukan mana-mana produk atau perkhidmatan kepada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada penajajaminan polisi dan khidmat polisi;
  • Kami memerlukan data sampingan atau data tambahan anda untuk tujuan lain atau maklumat lanjutan anda bagi tujuan di atas.

Kepada pelanggan sedia ada kami, sekiranya anda tidak mahu menerima apa-apa maklumat berhubung dengan produk atau perkhidmatan kami yang baharu atau semasa, sila maklumi kami secara bertulis. Kami akan terus memelihara data peribadi anda yang diperoleh bagi tempoh yang dibenarkan/dikehendaki undang-undang, yang mungkin juga dilanjutkan hingga tempoh selepas hubungan kontrak anda dengan kami tamat.
 
 
2. Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
Data peribadi anda akan didedahkan kepada yang berikut:
 
  • Pengarah, pegawai dan wakil kami bagi tujuan berkaitan permohonan anda dan penggunaan perkhidmatan dan produk kami;
  • Syarikat-syarikat yang berkaitan, bersekutu atau bergabung dengan kami, termasuk ejen-ejen atau perantaraan untuk aktiviti pemasaran dan promosi yang menggunakan perkhidmatan dan produk kami;
  • Badan pengawal atur seperti Bank Negara Malaysia dan mana-mana badan pengawalaturan lain yang mengawasi kami dan aktiviti kami;
  • Pertubuhan berkaitan seperti Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Perkhidmatan Insurans Malaysia dan badan berkaitan lain;
  • Mana-mana penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan sokongan atau profesional kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan hos laman web atau e-mel, perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan rundingan keselamatan, perkhidmatan pemasaran dan promosi, penganalisisan data, perkhidmatan perundangan, perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan berkaitan cukai, perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan data;
  • Pendedahan data peribadi berhubung dengan penstrukturan semula atau penyusunan semula korporat termasuk tetapi tidak terhad kepada percantuman, pemerolehan, penyahlaburan/divestitur, penyatuan, usaha sama, pembentukan perkongsian, pembubaran sukarela dan pengambilalihan;
  • Mana-mana pihak lain yang pendedahan tersebut diperlukan oleh undang-undang atau keperluan pengawalaturan atau menurut Perintah Mahkamah;
  • Kepada mana-mana pihak ketiga tak tergabung, yang pendedahan Data Peribadi diperlukan untuk melindungi kepentingan, hak, harta atau privasi Gibraltar BSN Life Berhad dan/atau pegawai, kakitangan, ejen atau rakan sekutunya;

Bagi mengelakkan keraguan, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pegawai, kakitangan, ejen atau rakan sekutu kami atas dasar perlu tahu atau bagi apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas, selagi pendedahan tersebut berkait langsung dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas. Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung tanpa kebenaran anda.
 
 
3. Bagaimana kami menjaga Keselamatan Data Peribadi anda
Keselamatan merupakan keutamaan paling tinggi bagi kami. Gibraltar BSN Life Berhad akan sentiasa memastikan data peribadi anda dilindungi daripada akses, pemprosesan atau pemadaman yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan. Kami memelihara komitmen terhadap keselamatan data ini dengan melaksanakan langkah fizikal, elektronik dan pengurusan yang sewajarnya untuk menjaga dan menjamin data peribadi anda seperti yang berikut:
 
  • Dengan mengekalkan sistem kawalan keselamatan secukupnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda;
  • Akses kepada data peribadi anda oleh kakitangan kami adalah semata-mata atas dasar perlu tahu; dan
  • Sekiranya kami melantik penyedia, ejen atau kontraktor perkhidmatan pihak ketiga, untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami, kami akan memastikan pihak ketiga ini mematuhi langkah keselamatan sebagaimana yang kami guna pakai.
 
Gibraltar BSN Life Berhad tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan yang dipaparkan oleh laman web pihak ketiga atau cara pengendali laman web ini menguruskan data peribadi anda. Anda seharusnya menyemak dasar privasi yang terpakai kepada laman web pihak ketiga ini untuk memahami cara pihak ketiga ini boleh menggunakan data peribadi anda.

Apabila anda mengakses laman web Gibraltar BSN Life Berhad, maklumat teknikal tak bernama mungkin dikumpulkan tentang aktiviti anda dalam laman web tersebut (misalnya, alamat IP anda, tarikh dan waktu anda mengakses laman web tersebut, maklumat berhubung dengan pelayar dan sistem operasi anda, halaman yang dilayari dan sebagainya).

Kami boleh menggunakan cebisan maklumat cookies berhubung dengan pilihan anda yang dihantar oleh laman web tersebut kepada pelayar anda dan disimpan dalam perkakasan komputer anda. Cookies membolehkan laman web tersebut mengingati anda dan pilihan anda semasa anda melayari laman web tersebut dan membolehkan kami menyesuaikan laman web tersebut mengikut keperluan anda. Cookies tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu menerima cookies, anda boleh melumpuhkan fungsi ini dengan menukar tetapan pelayar anda.

Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi perlu untuk mencapai tujuan ia dikumpulkan dan untuk mematuhi keperluan undang-undang. Jika kami tidak lagi memerlukan data peribadi anda, kami akan mengambil langkah munasabah untuk memadamkannya atau memusnahkan maklumat peribadi anda dengan selamat.
 
 
4. Hak dan Pilihan anda
Hak anda berkaitan Data Peribadi anda dinyatakan seperti yang berikut:
 
  • Anda berhak untuk meminta akses dan/atau pembetulan bagi Data Peribadi anda yang kami pegang. Untuk tujuan ini, kami akan mengenakan bayaran bagi memproses permintaan akses anda dan kami juga berhak untuk menolak permintaan anda untuk akses dan/atau pembetulan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta. Untuk tujuan akses atau pembetulan data, anda dikehendaki menulis kepada kami atau menghubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami untuk melengkapkan borang yang berkaitan.
  • Anda berhak meminta kami berhenti daripada menghubungi anda atau mengirimkan bahan pemasaran/pengiklanan/promosi kami, sekiranya anda tidak mahu menerima bahan tersebut daripada kami. Permintaan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis kepada kami sama ada melalui surat atau e-mel kepada khidmat pelanggan kami.
  • Anda mempunyai obligasi untuk membekalkan Data Peribadi yang kami minta. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan data peribadi atau menarik balik atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda, kami berhak menolak permohonan anda bagi perkhidmatan/produk yang diminta atau kami mungkin tidak dapat terus menyediakan perkhidmatan/produk yang anda minta.
 
Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda dengan ini membenarkan data peribadi anda diproses menurut semua yang dinyatakan terdahulu.
 

5. Pemunyaan Hak
 
  • Gibraltar BSN Life Berhad mempunyai hak mutlak untuk mengubah atau meminda Dasar & Pernyataan Privasi ini pada bila-bila masa dan menurut budi bicara mutlaknya untuk memastikan Dasar & Pernyataan Privasi ini konsisten dengan perkembangan Gibraltar BSN Life Berhad pada masa mendatang, trend industri dan/atau apa-apa perubahan dalam keperluan perundangan atau pengawalaturan.
  • Maklumat yang disediakan dalam dokumen ini dipercayai betul semasa dipaparkan/dicetak. Gibraltar BSN Life Berhad atau syarikat tergabungnya tidak memberikan apa-apa representasi atau jaminan, tersurat atau tersirat, dari segi kecukupan, ketepatan, kesempuran atau kesaksamaan bagi mana-mana maklumat dan pendapat yang terkandung dalam laman web ini dan sewajarnya, tidak akan bertanggungan bagi apa-apa akibat yang disandarkan padanya. Anda boleh membuat penilaian bebas sendiri tentang maklumat yang terkandung dalam dokumen ini, anda tidak seharusnya menganggap kandungan dokumen ini sebagai makluman yang berkait dengan perundangan, perakaunan dan percukaian atau hal pelaburan dan anda seharusnya menghubungi penasihat anda sendiri.
  • Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh disalin semula, diedar, dikirim atau diberi, secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana orang atau diterbitkan, keseluruhan atau sebahagian daripadanya, bagi apa jua tujuan. 
 

6. Aduan dan/atau Pertanyaan
Anda boleh mengajukan aduan dan/atau pertanyaan anda kepada pegawai Khidmat Pelanggan kami di:

Gibraltar BSN Life Berhad [277714-A]
Tingkat 21, Mercu 2, KL Eco City, No. 3, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Tel: 1 300 22 6262 (Tempatan), +603 2298 2383 (Luar Negara)
Faks: +603 2298 2383
E-mail: customerservice@gibraltarbsn.com