Tujuan Polisi “Whistleblowing”

Polisi “Whistleblowing” secara langsung menyokong Nilai Utama dan Kod Korporat Etika dan Pentadbiran Gibraltar BSN Life Berhad. Prinsip Gibraltar BSN iaitu “Amanah” dan “Meneraju Secara Berintegriti” menandakan bahawa kami kekal konsisten dan jujur dalam urusan kami dengan sesiapa dan berusaha untuk beramanah dan menghormati orang lain di samping mengekalkan ketelusan.

Polisi ini bertujuan untuk:

  • Memastikan kakitangan dan pihak berkepentingan dapat menyuarakan kebimbangan terhadap perilaku atau penyelewengan yang menyalahi undang-undang dan ingin hal tersebut disiasat dengan baik.

  • Menggalakkan kakitangan dan pihak berkepentingan untuk mendedahkan sebarang salah laku, perlakuan perniagaan dan/atau perlakuan profesional tidak beretika yang boleh memberi kesan negatif kepada syarikat dan/atau menjejaskan kakitangan dan pihak berkepentingan yang lain dalam syarikat.

  • Nama “whistleblower” akan dirahsiakan sepanjang proses penyiasatan untuk melindungi beliau daripada tindak balas oleh pihak terbabit kerana melaporkan tentang sebarang penyelewengan dan salahlaku.

main.jpg

Bukti yang Diperlukan sebelum Siasatan

  • Perlu membuat laporan atas niat yang baik

  • Perlu menyediakan maklumat secara lisan/bertulis mengenai jenis kegiatan, atau bentuk kelakuan untuk mengenal pasti pihak terbabit, bila ia berlaku dan siapa yang terjejas

  • Perlu mempunyai pengetahuan langsung tentang fakta yang dinyatakan dalam laporan

  • Tidak perlu berasa ragu-ragu untuk membuat laporan walaupun mereka tidak pasti sama ada terdapat bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan mereka

Laporan Pendedahan Kegiatan

Semua pendedahan maklumat boleh dibuat kepada salah seorang daripada senarai berikut melalui surat atau e-mel:

  • Pengerusi, Jawatankuasa Audit

    Gibraltar BSN Life Berhad
    Tingkat 21, Mercu 2, 
    ​KL Eco City,
    No. 3, Jalan Bangsar, 
    59200 Kuala Lumpur

  • Prudential’s Ethics Office
    Global Business Ethics & Integrity

    1800-88-5523

    www.tnwinc.com/Prudential
  • En. Roslin Bin Asther
    Pegawai Etika Perniagaan
    Gibraltar BSN Life Berhad
    Tingkat 21, Mercu 2, 
    ​KL Eco City,
    No. 3, Jalan Bangsar, 
    59200 Kuala Lumpur

    roslin.asther@gibraltarbsn.com
  • Ketua Audit Dalaman
    Gibraltar BSN Life Berhad
    Tingkat 21, Mercu 2, 
    ​KL Eco City,
    No. 3, Jalan Bangsar, 
    59200 Kuala Lumpur
  • Ketua Pegawai Pematuhan
    Gibraltar BSN Life Berhad
    Tingkat 21, Mercu 2, 
    ​KL Eco City,
    No. 3, Jalan Bangsar, 
    59200 Kuala Lumpur
  • Ketua Perundangan
    Gibraltar BSN Life Berhad
    Tingkat 21, Mercu 2, 
    ​KL Eco City,
    No. 3, Jalan Bangsar, 
    59200 Kuala Lumpur
Nota: Untuk kiriman surat, sila nyatakan "Strictly to be Opened by Addressee Only" pada sampul surat.