Pengesahan Pemahaman
Saya faham bahawa ini adalah satu produk insurans yang menyediakan perlindungan/membayar untuk manfaat berikut:
(a) Manfaat Kematian
(b) Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal
(c) Manfaat Kematian akibat Kemalangan
(d) Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat Kemalangan
(e) Manfaat Kematian akibat Kemalangan semasa menggunakan Pengangkutan Awam
(f) Manfaat Kematian akibat Kemalangan yang berlaku di luar Malaysia
(g) Manfaat Tunai Penghospitalan akibat Kemalangan
Saya faham bahawa produk ini tidak menyediakan perlindungan/membayar manfaat untuk kejadian yang berikut:
(a) Manfaat Kematian TIDAK akan dibayar sekiranya Orang yang Diinsuranskan membunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari Tarikh Permulaan atau dari tarikh perlindungan ini dinaiktaraf, meninggal dunia disebabkan pergaduhan, tindakan atau hukuman undang-undang, atau melakukan atau cuba untuk melakukan suatu tindakan kecuaian dan/ atau menyalahi undang-undang dan/ atau apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan dasar awam di bawah Undang-undang Malaysia.
(b) Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) TIDAK akan dibayar sekiranya HUMK disebabkan percubaan membunuh diri, kecederaan yang disengajakan, di bawah pengaruh dadah atau alkohol, terlibat dalam pelayaran kapal selam, melaksanakan kewajipan dalam perkhidmatan ketenteraan, penyakit sedia ada atau kemalangan, kegiatan berbahaya dan pekerjaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli tinju, juruselam dan akrobat.
(c) Manfaat Kematian akibat Kemalangan TIDAK akan dibayar sekiranya kematian disebabkan oleh serangan atau pembunuhan, rusuhan, membunuh diri, di bawah pengaruh alkohol, penyalahgunaan dadah, mengandung, kecacatan sedia ada, kegiatan berbahaya dan pekerjaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli tinju, juruselam dan akrobat.
(d) Manfaat HUMK dan Tunai Penghospitalan akibat Kemalangan TIDAK akan dibayar sekiranya HUMK atau kemalangan disebabkan oleh serangan atau pembunuhan, rusuhan, kekacauan awam, serangan atau aktiviti pengganas kecederaan ke atas diri sendiri atau ancaman untuk mencederakan diri sendiri semasa waras atau tidak waras, percubaan membunuh diri semasa waras atau tidak waras, penyalahgunaan dadah, mengandung, kecacatan sedia ada, kegiatan berbahaya dan pekerjaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli tinju, juruselam dan akrobat.
Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
Saya faham bahawa:
(a) Jika saya berubah fikiran, saya mempunyai 15 hari untuk memulangkan polisi/sijil selepas tarikh ia dihantar kepada saya dan saya boleh menerima bayaran balik.
(b) Saya boleh membuar penamaan.
Untuk membuat tuntutan, sila rujuk panduan membuat tuntutan. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-6622 (tempatan) atau +603-2298 0068 (luar negara).
NOTA: Jika anda tidak pasti tentang butiran produk, sila rujuk HKT kami di sini.