Pengesahan Pemahaman
Saya faham bahawa ini adalah satu produk insurans yang menyediakan perlindungan/membayar untuk manfaat berikut:
(a) Bilik & Penginapan Harian (maksimum 200 hari bagi setiap ketidakupayaan)
(b) Unit Penjagaan Rapi (maksimum 100 hari bagi setiap ketidakupayaan)
(c) Pembekalan & Perkhidmatan Hospital
(d) Bayaran Pembedahan
(e) Bayaran Pembiusan
(f) Bilik Pembedahan
(g) Lawatan Harian Doktor di Hospital (2 lawatan setiap hari)
(h) Pembedahan Harian & Manfaat Penjagaan Harian
(i) Bayaran Ambulans
(j) Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
(k) Rawatan Kanser Pesakit Luar
(l) Cukai Perkhidmatan Hospital
Saya faham bahawa produk ini tidak menyediakan perlindungan/membayar manfaat untuk kejadian yang berikut:
i-Med tidak melindungi hospitalisasi, pembedahan atau caj yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut:
- Penyakit Tertentu dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari Tarikh Permulaan Risiko; atau
- Mana-mana Ketidakupayaan (kecuali Kecederaan) dan tanda atau gejala yang muncul dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari Tarikh Permulaan Risiko; atau
- Penyakit Sedia Ada; atau
- Pembedahan plastik atau kosmetik dan rawatan berkaitan; atau
- Sunat atau sebarang Pembedahan pada kulup; or
- Pemeriksaan mata atau Pembedahan untuk pembetulan rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisme atau keratotomi atau Lasik; atau
- Keadaan gigi termasuk rawatan gigi oleh Doktor Gigi atau Pembedahan mulut kecuali diperlukan oleh Kecederaan akibat Kemalangan ke atas gigi asli yang sihat yang terjadi sepenuhnya semasa tempoh Insurans.
Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
Saya faham bahawa:
(a) Jika saya berubah fikiran, saya mempunyai 15 hari untuk memulangkan polisi/sijil selepas tarikh ia dihantar kepada saya dan saya boleh menerima bayaran balik.
Untuk membuat tuntutan, sila rujuk panduan membuat tuntutan kami. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-6622 (tempatan) atau +603-2298 0068 (luar negara).
NOTA: Jika anda tidak pasti tentang butiran produk, sila rujuk HKT kami di sini.