Pengesahan Pemahaman

 

Saya faham bahawa ini adalah satu produk insurans yang menyediakan perlindungan/membayar untuk manfaat berikut:

(a) Kanser

(b) Strok

(c) Serangan Jantung

(d) Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

(d) Kegagalan Buah Pinggang

Saya faham bahawa produk ini tidak menyediakan perlindungan/membayar manfaat untuk kejadian yang berikut: 

Polisi ini tidak akan melindungi manfaat sekiranya Penyakit Kritikal adalah diakibatkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut: 

  • Penyakit Sedia Ada; atau
  • Tempoh Menunggu selama enam puluh (60) hari akan digunakan untuk kategori Penyakit Kritikal berikut:

(a) Kanser- Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal;

(b) Serangan Jantung – Keterukan Tertentu.

Tempoh Menunggu selama tiga puluh (30) hari akan digunakan untuk Strok; atau

  • diagnosis kedua Penyakit Kritikal yang sama; atau
  • tuntutan seterusnya yang timbul dari Penyakit Kritikal.

Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.

Saya faham bahawa:

(a) Jika saya berubah fikiran, saya mempunyai 15 hari untuk memulangkan polisi/sijil selepas tarikh ia dihantar kepada saya dan saya boleh menerima bayaran balik.

Untuk membuat tuntutan, sila rujuk panduan membuat tuntutan kami. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-6622 (tempatan) atau +603-2298 0068 (luar negara).

NOTA: Jika anda tidak pasti tentang butiran produk, sila rujuk HKT kami di sini.