Newsroom

What’s good and what’s new at Gibraltar BSN? Read all about it here.

Ceriakan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik - Berita Harian

02 Sep 2015

Selepas lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Shan Pulau Pinang pada Mac lalu, Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) meneruskan usahanya untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

Menerusi program Our Children, Our Future (OCOF), kakitangan dan ejen Gibraltar BSN melawat serta menceriakan Pusat Kanak-Kanak Hope, di Bukit Baru di Melaka, baru-baru ini.

Kakitangan agensi Gibraltar BSN yang diiktiraf iaitu Born Rich Agency dan Vision Liew Agency, turut hadir untuk menghulurkan bantuan dan menyokong program OCOF ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Vincent Kwo, berkata menerusi program OCOF, Gibraltar BSN dapat menghulurkan bantuan kepada rumah kebajikan terpilih dari seluruh negara dan membantu meningkatkan persekitaran kanak-kanak ini.

"Kami teruja melihat kakitangan, ejen dan rakan niaga kami turut meluangkan masa untuk memberi sumbangan secara sukarela. Program ini komitmen syarikat untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat dan komuniti di mana kami beroperasi," katanya.

Activiti gotong-royong
Pusat Kanak-Kanak Hope adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia ditubuhkan untuk menjaga serta memenuhi keperluan anak yatim dan kanak-kanak terabai.

Acara pada hari itu bermula dengan program gotong-royong membersihkan rumak termasuk activiti mengecat dinding, penyusunan semula ruang dapur dan membaiki pintu serta tingkap yang pecah.

Kanak-kanak di rumah kebajikan itu turut membantu sambil beramah mesra dengan sukarelawan yang hadir. Selepas sesi gotong-royong, sajian makanan tengah hari yang lazat disediakan untuk mereka.

Sementara itu, Pengurus Born Rich Agency, Aghilan Narayanasamy, berkata sebagai warga bertanggungjawab, pihaknya menyedari kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

"Kami menyokong sepenuhnya program OCOF Gibraltar BSN dan berkongsi objektif serta wawasan mereka. Kami harap inisiatif seperti ini akan membawa perubahan dan dapat membantu mencorakkan masa depan yang lebih cerah bagi kanak-kanak ini," katanya.