Gibraltar BSN diumum Syarikat Insurans Digital Terbaik Malaysia
14 Jan 2020
Kuala Lumpur: Gibraltar BSN Life Bhd dinobatkan sebagai Syarikat Insurans Digital Terbaik Malaysia oleh penerbitan insurans serantau, InsuranceAsia News pada acara tahunan Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia News 2019.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Rangam Bir berkata, kemenangan Gibraltar BSN itu berikutan gabungan unik aplikasi digital, analisis data dan media sosial yang diperkenalkan.
“Antara inisiatif digital yang membuatkan hakim berasa kagum ialah sistem penyampaian e-Polisi melalui aplikasi WhatsApp Gibraltar BSN yang pertama dalam pasaran dan diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, yang membolehkan syarikat insurans hayat menyerahkan polisi insurans secara terus dan selamat kepada pelanggan sebaik saja polisi mereka diluluskan,” katanya.
Menurutnya, sejak beberapa tahun lalu, Gibraltar BSN sudah memberi tumpuan kepada pelaksanaan strategi transformasi digital untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk untuk pelanggan.
Dalam gambar:
Dari kiri, PENERBIT InsuranceAsia News, Yawar Tharia dan Rangam.
(Sumber: Harian Metro)