Newsroom

What’s good and what’s new at Gibraltar BSN? Read all about it here.

Gibraltar BSN Melancarkan Kempen Untuk Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Mengenai Perlindungan Insurans

09 Jul 2020
Gibraltar BSN Chief Marketing Officer Susan Ong dan Gibraltar BSN Chief Executive Officer Rangam Bir dengan kempen Gibraltar BSN “With You Every Step of The Way” di Abdullah Hukum LRT station untuk mengingkatkan kesedaraan masyrarakat tentang perlindungan dan mempromosikan insurans nyawa di Malaysia

Kuala Lumpur - Gibraltar BSN Life Berhad (“Gibraltar BSN”), salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia, baru-baru ini melancarkan kempen penjenamaan terbarunya bertajuk “With You Every Step of The Way” di stesen (“Stesen”) LRT Abdullah Hukum untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai maanfaat perlindungan dan memacu penembusan perlindungan insurans hayat di Malaysia.

Stesen LRT Abdullah Hukum merupakan hab transit bagi 130,000[1]  pengulang-alik bulanan yang berkerja di KL Eco City, The Gardens dan Mid-Valley. Stesen ini juga merupakan gerbang kepada ibu pejabat Gibraltar BSN yang terletak di KL Eco City. 

Berlatar belakangkan penularan wabak COVID-19 baru-baru ini dan keresahan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia, kempen Gibraltar BSN ini bertumpu kepada penggalakkan kesedaran orang ramai terhadap kesihatan dan perlindungan. Hiasan-hiasan di Stesen diolah khas bagi mendorong penumpang mempertimbangkan keperluan perlindungan yang berbeza-beza untuk setiap peringkat hidup mereka. Kelompok sasaran paparan visual ini adalah demografi penumpang berumur 25-45 tahun dengan pendapatan isi rumah bulanan sekitar RM3000 dan ke atas.

Rangam Bir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Life Berhad berkata, “Pandemik COVID-19 baru-baru ini telah membuka mata kepada kepentingan persiap- an bagi melindungi keluarga daripada beban kewangan berpunca akibat kejadian di luar jangkaan. Sebagai Juara Perlindungan Komuniti Malaysia, kami prihatin bahawa hanya tiga daripada sepuluh rakyat Malaysia memiliki perlindungan insurans hayat. Pesanan kami dengan kempen baharu ini ialah keperluan perlindungan anda dan keluarga anda adalah mustahak, terutamanya pada masa sebegini. Kedudukan Stesen LRT Abdullah Hukum sebagai hab tumpuan menjadikannya platform terbaik bagi menyampaikan mesej ini kepada khalayak ramai serta mengukuhkan janji kami untuk sentiasa berada di sisi pelanggan kami."

Untuk memastikan pelanggan mereka terus menikmati pelindungan sepanjang wabak COVID-19, Gibraltar BSN telah melancarkan Program Bantuan Pelanggan pada bulan Mac 2020. Di bawah program tersebut, pelanggan yang layak boleh memilih untuk menangguh bayaran premium mereka selama tiga bulan. Program ini juga merangkumi peluasan liputan pelindungan COVID-19 untuk beberapa pelan insuran Gibraltar BSN. Rangam terus menambah, "Sementara negara mengorak jalan pemulihan daripada kesan wabak ini, kami memutuskan untuk melanjutkan Program Bantuan sehingga 31 Disember 2020. Baru-baru ini, kami turut melancarkan siri Webinar Kesihatan bulanan percuma bagi membantu pelanggan kami melalui masa sukar ini kerana kesejahteraan fizikal dan mental mereka adalah keutamaan kami semua di Gibraltar BSN”. Webinar pertama membantu pelanggan mempelajari teknik menguruskan tekanan sementara webinar akan datang pada 25 Julai, ‘Market Outlook: Navigating the COVID-19 Storm’ akan membantu pelanggan mengenal pasti cabaran dan peluang pasaran dalam beberapa bulan mendatang. Siri webinar ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri webinar percuma Gibraltar BSN, sila layari laman Facebook mereka (facebook.com/gibraltarbsn).

Untuk meraikan perasmian aset penjenamaan baru Gibraltar BSN di Stesen LRT Abdullah Hukum, syarikat juga telah melancarkan kempen khas 'With You Every Step of The Way’ di Facebook (facebook.com/gibraltarbsn) di mana seramai 40 peminat bertuah akan memenangi Kredit GrabFood RM20 setiap seorang. Kempen ini akan berakhir pada 28 Julai 2020.

[1] Rata-rata penumpang bulanan dari Januari-Disember 2019, Rapid KL

 

Gibraltar BSN Chief Marketing Officer Susan Ong dan Gibraltar BSN Chief Executive Officer Rangam Bir dengan kempen Gibraltar BSN “With You Every Step of The Way” di Abdullah Hukum LRT station untuk mengingkatkan kesedaraan masyrarakat tentang perlindungan dan mempromosikan insurans nyawa di Malaysia

Gambar 1: Gibraltar BSN mencabar anda agar tidak gentar dan terus mara dengan jaminan pelindungan.
Dari kiri ke kanan:
•    Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran
•    Rangam Bir – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

 

Gibraltar BSN memaparkan tonggak kehidupan individu pada eskalator Abdullah Hukum LRT station

Gambar 2: Detik penting kehidupan dipaparkan di tangga gerak.