Gibraltar BSN Menyumbangkan 1,000 Pelitup Muka Fabrik ke Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai
02 Dec 2020
Gibraltar BSN dan Barisan Guru daripada SK Bukit Pantai di majlis kecil penyampaian
Dari kiri ke kanan:
- En. Zulkarnain bin Jalal - Ketua Panitia Bahasa Malaysia, SK Bukit Pantai
- En. Shaharuddin bin Eusop - Guru Besar, SK Bukit Pantai
- Rangam Bir – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad
- Adik Soffiyah Amani bt.Mohd Hakime, pelajar SK Bukit Pantai
- En. Mohamad Supandi bin Aman - GPK. Hal Ehwal Murid, SK Bukit Pantai
- Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran, Gibraltar BSN Life Berhad
Kuala Lumpur – Gibraltar BSN Life Berhad (“Gibraltar BSN”) telah menyumbangkan 1,000 keping pelitup muka fabrik tiga lapis yang boleh dicuci dan boleh digunakan semula kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai menerusi program tanggungjawab sosial (CSR).
Pelitup muka fabrik tiga lapis ini dihasilkan khas untuk Gibraltar BSN dan menepati piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai terletak di Lembah Pantai dan mempunyai lebih daripada 873 murid yang sebahagian besarnya datang daripada golongan keluarga B40.
Rangam Bir, Ketua Pegawai Eksekutif di Gibraltar BSN berkata, “Penggunaan topeng muka adalah langkah pertama dalam usaha mencegah dan membendung penyebaran virus Covid-19. Namun, kita tahu bahawa pembelian topeng pakai buang untuk penggunaan harian boleh menjadi beban berat bagi keluarga B40, terutamanya bagi mereka yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Kami berharap sumbangan kecil kami ini dapat melindungi anak-anak SK Bukit Pantai apabila mereka kembali ke sekolah nanti.”
Pada bulan lalu, Gibraltar BSN juga telah menyumbangkan 3,000 keping pelitup muka fabrik tiga lapis kepada penduduk Apartmen Abdullah Hukum. Inisiatif murni Gibraltar BSN dalam mengagihkan pelitup muka fabrik secara percuma di komuniti Lembah Pantai ini memperkuatkan lagi pertahanan masyarakat terhadap penularan virus Covid-19 di negara ini.
Rangam Bir menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SK Bukit Pantai
Dari kiri ke kanan:
- En. Shaharuddin bin Eusop – Guru Besar, SK Bukit Pantai
- Rangam Bir – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Gibraltar BSN Life Berhad