Newsroom

What’s good and what’s new at Gibraltar BSN? Read all about it here.

Penghuni AL-Nasuha Diraikan - Sinar Harian

17 Jan 2016
Kakitangan dan ejen Gibraltar BSN di Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Batu Caves semasa inisiatif Gibraltar BSN untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik

Kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Nasuha, Batu Caves, Kuala Lumpur, menerima kunjungan kakitangan dan ejen Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) - inisiatif syarikat insurans hayat tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Lawatan di bawah Program Our Children, Our Future (OCOF) Gibraltar BSN itu adalah yang ketiga selepas lawatan ke rumah anak yatim di Pulau Pinang dan Melaka.

Ketibaan kakitangan Gibraltar BSN dan Grow Rich Advisory Agency, sebuah agensi Gibraltar BSN yang sah, telah disambut dengan gembira oleh kanak-kanak tersebut. Suasana ceria jelas kelihatan di rumah anak yatim itu sebaik sahaja pasukan OCOF memulakan kerja gotong-royong membersih, mengecat dan menghias rumah kanak-kanak tersebut.

Sukarelawan OCOF berjaya menyelesaikan transformasi Rumah Anak Yatim Al-Nasuha sebelum sajian makan tengah hari dihidangkan untuk semua.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Vincent Kwo, berkata, misi mereka adalah untuk memberi perlindungan kepada orang ramai dari segenap lapisan masyarakat, daripada menyediakan produk insurans untuk pelanggan dan menabur budi kepada masyarakat di tempat mereka beroperasi.

Pengurus Agensi Grow Rich Advisory, Mohd Redzan Che'Amat, juga menyokong sentimen ini.

"Program OCOF adalah satu inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dengan harapan membantu membawa perubahan demi kebaikan, yang menjadikannya benar-benar bermakna. Kami amat menyokong inisiatif ini dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Gibraltar BSN menjayakan lawatan-lawatan yang akan datang," katanya.