Prudential Financial, INC Dan Bank Simpanan National Menyempurnakan Pembelian UNI.Asia Life Assurance Berhad Melalui Usahasama Bahru
02 Jan 2014kUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Prudential Financial, Inc. (“PFI”), yang menjalankan perniagaan sebagai Pramerica di negara-negara terpilih di luar Amerika Syarikat, dan Bank Simpanan Nasional (“BSN”) hari ini mengumumkan penyempurnaan pembelian 100 peratus modal biasa saham yang dikeluarkan dan berbayar Uni.Asia Life Assurance Berhad (“UAL”) (“Saham UAL”) daripada Uni.Asia Capital Sdn Bhd (“UAC”) Di bawah syarat transaksi yang diumumkan sebelumnya, The Prudential Insurance Company of America (“PICA”) dan BSN telah membayar Ringgit Malaysia (RM) 518 juta (lebih kurang US$160 juta) bagi Saham UAL. Pemilikan PFI adalah melalui subsidiari PICA, yang memegang 70 peratus daripada Saham UAL, manakala BSN memegang baki 30 peratus.
Dengan pemeteraian perjanjian ini, UAL berpeluang membangunkan penyelesaian bankasuran yang disesuaikan untuk pelanggan BSN dan menyediakan platform yang lebih bersepadu untuk memanfaatkan sepenuhnya rangkaian pengedaran dan pelanggan BSN. UAL juga akan terus menjual produknya melalui Pos Malaysia Berhad (“POS Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos eksklusif di Malaysia, melalui 1,000 cawangan perniagaannya di seluruh negara.
Jan van den Berg, presiden PFI bagi rantau Asia (tidak termasuk Jepun), berkata, “kami gembira untuk memasuki Malaysia bersama BSN, sebuah institusi simpanan utama Malaysia dengan saluran pengedaran bankasurans yang kukuh di seluruh negara sebagai rakan kongsi kami. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan mereka bagi membangunkan lebih banyak produk bankasuran berdasarkan keperluan bagi membantu menggerakkan penembusan insurans yang lebih baik di kalangan pelanggan BSN, dan mengubah BSN menjadi salah satu pembekal bankasurans konvensional terkemuka di Malaysia.”
“Usaha sama ini akan melengkapkan misi BSN untuk membantu masyarakat di seluruh Malaysia meningkatkan jaminan kewangan mereka,” kata Datuk Adinan Maning, Ketua Eksekutif BSN. “Kami berharap kerjasama ini dapat membantu BSN meluaskan rangkaian produk dan memberi lebih nilai kepada para pelanggan di seluruh Malaysia.”
Berkenaan Prudential Financial, Inc. (PFI)
PFI merupakan peneraju perkhidmatan kewangan dengan aset melebihi $1 trilion di bawah pengurusannya pada September 30, 2013, serta operasinya di Amerika Syarikat, Asia, Eropah dan Amerika Latin. Mengembangkan warisan insurans hayat dan kepakaran pengurusan aset, PFI memberi fokus untuk membantu individu dan institusi pelanggan berkembang serta melindungi kekayaan mereka. Di Amerika Syarikat, simbol Batu syarikat merupakan lambang kekuatan, kestabilan, kepakaran dan inovasi yang telah bertahan sejak sekian lama. Perniagaan PFI menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk insurans hayat, anuiti, perkhidmatan berkaitan persaraan, dana bersama dan pengurusan pelaburan. PFI dan subsidiarinya, termasuk PICA, tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom. Pramerica adalah nama dagangan yang digunakan oleh PFI dan gabungan-gabungan di negara-negara terpilih di luar Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut berkenaan PFI, sila layari http://www.pramericafinancial.com.
Berkenaan Bank Simpanan Nasional (BSN)
BSN merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan ditubuhkan pada 1 Disember, 1974. Semenjak penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos telah diambil alih oleh BSN. Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia sejajar untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Kini BSN mempunyai 6,700 orang kakitangan, 398 cawangan, 999 mesin teller automatik (ATM), 317 mesin deposit tunai (CDM) dan lebih 5,000 Ejen Bank Berdaftar atau EBB BSN di seluruh negara. Selain itu, BSN juga merupakan bank pertama yang menyediakan perkhidmatan mesin deposit syiling atau CoDM di Malaysia. BSN mempunyai lebih 8 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan simpanan runcit berjumlah RM 12 billion. (sehingga Oktober 2013)
BSN telah menjalankan inisiatif utama melalui proses pembentukan semula bagi memastikan kekekalan berdaya saing. Ia akan terus memperbaiki perkhidmatan dan meluaskan rangkaian produk untuk pelanggan. Produk BSN termasuklah Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kewangan Mikro, Sijil Simpanan Premium, Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan Giro, Kad Debit/-i Visa BSN dengan Visa payWave, kad kredit VISA serta MasterCard. BSN turut menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan termasuk perubatan, insurans dan penulisan wasiat. Untuk maklumat lanjut berkenaan BSN, sila layari laman sesawang www.mybsn.com.my.
SUMBER : Prudential Financial, Inc.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
PFI
Scot Hoffman
Naib Presiden, Komunikasi Global
+1 973 802 2824
scot.hoffman@prudential.com
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Puspa Marina Dato’ Haji Omar
Naib Presiden Kanan / Ketua Komunikasi Strategik
+ 603 2162 3222 samb. 3001
puspamarina@bsn.com.my
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. -- BERNAMA