UAL Tukar Nama Kepada Gibraltar BSN Life - Harian Metro
30 Apr 2014KUALA LUMPUR - Uni.Asia Life Assurance Berhad (UAL) mengumumkan penukaran namanya kepada Gibraltar BSN Life Berhad, sekali gus menyasarkan untuk membawa pendekatan baru bagi pasaran insurans hayat di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vincent Kwo Shih Kang berkata, pihaknya komited memenuhi keperluan pertumbuhan insurans hayat bagi penduduk negara ini dan mengambil peluang terhadap kadar penembusan polisi insurans hayat di Malaysia iaitu kira-kira 54 peratus.
Katanya, Gibraltar BSN Life yang diperkenalkan juga mencerminkan hubungan antara Prudential Financial Inc (PFI) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dijalin melalui pengambilan syarikat pada Januari tahun ini.
"Menerusi pelancaran fasabaru syarikat serta sokongan jitu daripada pemegang saham yang baru iaitu PFI dan BSN, kami sudah pen mula membina asas lebih kukuh dalam penyediaan pelbagai produck perlindungan dan memberi pelanggan pengalaman lebih holistik dalam semua segmen pasaran.
"Malah, dengan jumlah lapan juta pelanggan sedia ada BSN, kami harap dapat memberi mereka sesuatu yang berbeza dan lebih baik," katanya di majlis pelancaran Gibraltar BSN Life, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning dan Presiden PFI bagi rantau Asia, Jan van den Berg.
Vincent berkata, Gibraltar BSN Life juga menawarkan akses lebih baik kepada semua produck dan perkhidmatan melalui tiga saluran pengedaran utama iaitu agensi, cawangan BSN dan PosAssurance di seluruh Malaysia.
Menerutnya, Gibraltar BSN Life turut memperkenalkan program rintis Pakar Insurans yang akan membantu memudahkan proses pembelian insurans hayat di cawangan BSN terpilih.